Skip to product information
1 of 3

nurmedina.co

Seminar: Salah Guna Teks Agama Dalam Hubungan Keluarga

Platform
Number of pax
Contribution

Seminar ini bertujuan untuk mendidik pelbagai lapisan masyarakat,
khususnya bagi ahli keluarga terdekat dan mereka yang profesinya memberikan
nasihat mengenai hubungan sesama keluarga, dalam konteks hukum-hakam agama
serta realiti masyarakat kita berkaitan hubungan suami dan isteri.

Seminar ini akan memberi penekanan kepada pentingnya berhati-hati dan cermat
dalam menyampaikan pendapat menggunakan nama agama. Para peserta akan
diajak untuk memahami bahawa sebarang tafsiran atau penggunaan yang tidak
tepat terhadap teks agama boleh mengakibatkan implikasi yang serius dalam
hubungan kekeluargaan, termasuk penyalahgunaan amanah yang sudah diberikan
Allah subhanahu wata'ala.

Oleh itu, seminar ini akan menekankan keperluan bagi semua untuk sentiasa merujuk
dan memastikan sesuatu pendapat agama sebelum menyampaikannya kepada
masyarakat dan supaya setiap unit keluarga dalam masyarakat kita bersemangat
untuk menjadikan keluarga mereka sebagai keluarga yang baik dan menyumbang
kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

Melalui seminar ini peserta juga akan dikongsikan cara-cara para ulama’ amat bertiliti
dalam mengeluarkan sesuatu pendapat supaya ianya dapat mengharmonikan
masyarakat dengan pendidikan agama dan menjauhkan sikap ta’assub terhadap
tokoh-tokoh agama yang salah sehinggakan berpisah antara keluarga.

Regular price $10.00 SGD
Regular price Sale price $10.00 SGD
Sale Sold out